BELIA DISARAN CEBURI BIDANG PERTANIAN
Golongan belia di negeri ini yang berminat menceburi bidang pertanian dan perternakan digalakkan untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri bagi menjayakan Program Bumi Hijau yang sedang giat diadakan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada memberi peruntukan khas kepada Agro Bank bagi membantu golongan belia yang ingin membangunkan projek pertanian atau penternakan namun ia tidak mendapat sambutan di kalangan belia negeri ini.
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.
Jadikan pertanian sebagai perniagaan
Bagi pendapat saya pertanian merupakan salah satu, sumber yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. sekiranya ia diusahakan dengan cara yand betul dan bijak ia akan memberikan pulangan yang tidak dapat dinafikan lagi. sebagai remaja, kita seharusnya menyahut cabaran ini dan janganlah berfikiran negatif terhadap pertanian yang kononya pekerjaan orang kampung dan memalukan.
Pilihan raya kecil(ulasan PM)
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu jentera Barisan Nasional (BN) membuat persiapan awal bagi menghadapi dua pilihan raya kecil iaitu kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.
Perdana Menteri berkata, BN perlu bekerja keras bagi merampas kembali dua kerusi yang dikuasai oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan tidak menganggap pilihan raya kecil tersebut sebagai suatu perkara yang mudah.
"Semua pihak mesti melaksanakan peranan masing-masing, apa yang penting kita perlu membuat persiapan mulai sekarang.
"Apa juga isu yang akan ditimbulkan, kita perlu hadapinya serta memberikan jawapan dan yang penting BN perlu menghadapinya dengan penuh persediaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Eksekutif Muda Perkhidmatan Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Abdullah yang juga Pengerusi BN mengulas dua pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari Pas semalam setelah mengalami serangan jantung.
DUN Bukit Selambau pula menjadi kosong selepas penyandangnya, V. Arumugam meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa semalam.
Menurut Perdana Menteri, beliau akan berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO bagi merangka pendekatan yang bakal diambil bagi menghadapi dua pilihan raya kecil tersebut.
Beliau berkata, BN akan mengadakan perbincangan sama ada akan mengemukakan calon lebih awal seperti Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu atau sebaliknya.
"Selepas itu, baru kita tetapkan apakah pendekatan yang akan digunakan kerana tidak semestinya pendekatan bagi setiap pilihan raya kecil sama semuanya.
"Sudah tentu ada kelainan dan ia akan mengikut keadaan," katanya.
Dalam pada itu, Abdullah menolak tanggapan bahawa dua pilihan raya kecil itu akan menjadi satu referendum terhadap situasi politik di Perak setelah BN berjaya mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada pakatan pembangkang.
"Tidak boleh, jangan sampai jadi begitu kerana ia tidak ada kena mengena (dengan situasi politik Perak).
"Sekarang pilihan raya kecil, jadi hadapinya sebagai sebuah pilihan raya kecil," katanya.
Beliau juga menolak kemungkinan BN akan mengambil alih kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang sebagai mana berlaku di Perak.
"(DiPerak) Itu pun dia (wakil rakyat pembangkang) yang datang kepada kita, jadi kita ambillah," katanya.
UCAPAN TAHZIAH
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap salam takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak Allahyarham Roslan Shaharum yang meninggal dunia pada tengah hari tadi.Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru kepada anda semua marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah kepada Allahyarham, Semoga Allahyarham di tempatkan di dalam kalangan orang-orang beriman .Semoga Rohnya dicucuri Rahmat oleh yang Maha Esa.
KATA ALU-ALUAN
Terima kasih kerana melawati blog saya ini.Saya ingin mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini.Bagaimanapun saya memohon kerjasama yang baik daripada saudara-saudari agar dapat memberi komen, cadangan serta kritikan secara berhemah agar perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat untuk kita kongsi bersama.Dengan ini, kita dapat membentuk satu perbincangan dengan lebih berkesan dan sekaligus ia dapat memperbaiki dan melengkap diri saya supaya dapat menjadi seorang pemimpin yang lebih sempurna.sekian.....
web site kerajaan negeri terengganu | |||
jphtrg.com | doa.gov.my | terengganu.gov.my | bescomm.net.my |
spr.gov.my | jkr.gov.my | jkr.terengganu.gov.my | mardi.my |